Berita Utama

7 negeri larang wakil rakyat lompat parti

Akta telah berkuat kuasa sejak 5 Oktober 2022

BANGI, 9 Syaaban 1444H, Khamis – Enakmen berhubung larangan wakil rakyat bertukar parti bagi peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) telah dikuat kuasakan di tujuh negeri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (undang-undang) dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, negeri terbabit adalah Selangor, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Negeri Sembilan, Kelantan dan Sarawak.

“Seksyen 6 Akta Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 (Akta A1663) memberi ruang kepada kerajaan negeri untuk melaksanakan peruntukan larangan ahli Dewan Rakyat bertukar parti, menerusi pindaan Perlembagaan negeri.

“Akta A1663 yang melarang ahli Dewan Rakyat bertukar parti, telah diwartakan pada 6 September 2022 dan berkuat kuasa mulai 5 Oktober 2022,” katanya.

Azalina berkata, peruntukan berkenaan telah memberi ruang kepada kerajaan negeri melaksanakan peruntukan larangan ahli Dewan Rakyat bertukar parti.

Ia melalui pindaan Perlembagaan negeri, tertakluk kepada persetujuan Raja atau Yang di-Pertua Negeri.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button