Berita UtamaDunia

AS hentikan bantuan makanan kepada 42 juta rakyatnya

Rakyat hanya boleh minta bantuan daripada badan amal

WASHINGTON, 9 Syaaban 1444H, Khamis – Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menamatkan program yang menyediakan makanan tambahan untuk lebih 40 juta rakyat paling miskin di negara itu. 

Warga emas, orang kurang upaya, pelajar, kanak-kanak miskin dan orang miskin yang bekerja kini terpaksa mencari hampir AS$100 lebih setiap bulan untuk perbelanjaan makanan.  

Dengan sekatan ke atas Russia yang masih  secara besar-besaran di seluruh Barat, harga barangan runcit telah meningkat lebih daripada 11 peratus sepanjang tahun lepas.

Perkembangan ‘food stamp’ sebelum ini popular dan berjaya membawa kepada pengurangan serta merta 10 peratus kadar kemiskinan keseluruhan dan penurunan 14 peratus kemiskinan kanak-kanak.

Dilaporkan, tanpa penglibatan kerajaan, rakyat hanya boleh meminta bantuan daripada badan amal. 

Tahun lalu, Demokrat yang memerintah mengundi untuk menamatkan perluasan Medicaid akibat pandemik, program persekutuan yang menyediakan penjagaan kesihatan yang minimum untuk golongan miskin.  

Pada akhir bulan ini, sekurang-kurangnya 15 juta orang juga akan kehilangan insurans kesihatan mereka. 

Penyokong antikelaparan memberi amaran, pengurangan bantuan yang mendadak boleh membantutkan kemajuan pentadbiran Biden untuk menamatkan krisis kelaparan menjelang 2030. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button