Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita UtamaDunia

Cuai punca nahas kereta api Greece

Tragedi kereta api paling menggerunkan dalam sejarah negara

ATHENS, 9 Syaaban 1444H, Khamis – Perdana Menteri Greece, Kyriakos Mitsotakis menganggap nahas dua kereta api yang mengorbankan 43 nyawa berpunca daripada kecuaian.

Nahas berlaku apabila kereta api penumpang dari Athens ke Thessalonoki bertembung dengan kereta api kargo dari Thessaloniki ke Larissa.

Pertembungan kedua-dua kereta api berlaku di luar bandar Larissa di tengah Greece dan menurut media tempatan, 350 penumpang berada dalam kereta api terbabit ketika kemalangan berlaku.

Tragedi kereta api terburuk di Greece itu menyebabkan beberapa gerabak tergelincir dari landasan termasuk beberapa yang remuk teruk sehingga penumpang terperangkap.

Jabatan bomba berkata, sehingga kini 57 orang masih dirawat di hospital, enam daripadanya ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), manakala lebih 200 yang lain dibenarkan pulang selepas mengalami kecederaan ringan.

Mitsotakis pada masa sama menyifatkan tragedi pelanggaran itu sebagai ‘nahas kereta api paling menggerunkan dalam sejarah negara’ .

Namun beliau memberi jaminan untuk menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca sebenar.

Katanya, bukti awal menunjukkan pertembungan itu berlaku kerana ‘kecuaian manusia yang tragik’, tanpa mengulas lebih lanjut.

Terdahulu, Menteri Pengangkutan Greece, Kostas Karamanlis, mengambil tanggungjawab penuh berhubung tragedi itu dan meletak jawatan.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat sebagai tanda menghormati dan simpati terhadap individu yang kehilangan nyawa dalam tragedi terbabit, walaupun mengaku mengambil pelbagai usaha memperbaiki sistem kereta api yang tidak lagi sesuai untuk abad ke 21 ini.

Setakat ini, pihak berkuasa telah menahan ketua stesen di perhentian terakhir kereta api itu di bandar Larissa, namun tidak mendedahkan nama atau kenapa dia ditahan.

Pada dasarnya, ketua stesen bertanggungjawab menyelia bagi memastikan kereta api berada di landasan yang sepatutnya dan dia dijangka dihadapkan ke mahkamah hari ini.

Pekerja kecemasan menggunakan kren dan jentera berat lain bagi mengalihkan gerabak yang remuk dan banyak mayat dan cebisan badan ditemui – Agensi

Pautan berkaitan;
https://ismaweb.net/2023/03/01/36-maut-85-cedera-nahas-dua-kereta-api-di-greece/

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button