Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

BERJASA sedia kerjasama dengan PN selagi tak canggah prinsip

Kekal konsisten pendirian sejak sebelum PRU15 hingga kini

BANGI, 10 Syaaban 1444H, Jumaat – BERJASA sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak dalam membangunkan Malaysia unggul dan bermaruah.

Setiausaha Agung BERJASA, Zulkifli Yahya berkata, pendirian berkenaan konsisten sejak sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan masih kekal sehingga kini.

“Selagi tidak bercanggah dengan prinsip perjuangan parti dan etika politik matang.

“BERJASA sentiasa bersedia untuk memberi kerjasama dalam membangunkan Malaysia unggul dan bermaruah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, Ahli Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN), Datuk Takiyuddin Hassan berkata, selain Pejuang Tanah Air (Pejuang), BERJASA juga ada membuat permohonan untuk menyertai gabungan berkenaan.

Bagaimanapun, Takiyuddin yang juga Setiausaha Agung PAS menegaskan permohonan itu akan dibawa ke Mesyuarat Majlis Tertinggi parti yang dijangka diadakan dalam masa terdekat.

Terdahulu, Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengesahkan telah menghantar surat permohonan untuk menyertai gabungan itu.

Katanya, keputusan telah disepakati Majlis Eksekutif Pusat (MEF) Pejuang selepas meneliti dan menilai semua opsyen gabungan atau kerjasama politik yang ada.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button