Berita Utama

Idrus Harun dilantik semula Peguam Negara

Pelantikan untuk tempoh 6 bulan berkuat kuasa 6 Mac

PUTRAJAYA, 10 Syaaban 1444H, Jumaat – Tan Sri Idrus Harun dilantik semula sebagai Peguam Negara untuk tempoh enam bulan berkuat kuasa 6 Mac.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dalam kenyataan hari ini berkata, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenankan pelantikan semula Idrus selaras dengan Fasal (1) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan

Idrus, bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, dilantik sebagai Peguam Negara pada 6 Mac 2020.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Timbalan Pendakwa Raya di Jabatan Peguam Negara, penasihat undang-undang di Suruhanjaya Pilihan Raya dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Peguam Cara Negara dan Hakim Mahkamah Rayuan.-  Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button