Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

KKM pantau penyakit bawaan air pascabanjir: Dr Zaliha

Gerakkan pasukan untuk bersih fasiliti kesihatan yang terjejas

MELAKA,12 Syaaban 1444H, Ahad – Kementerian Kesihatan (KKM) akan memantau sebarang penyakit bawaan air terutama kencing tikus (leptospirosis) dan keracunan makanan.

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata, dua penyakit tersebut sering berlaku terutama selepas banjir melanda sesuatu kawasan.

“Kita juga akan menggerakkan pasukan lain (pasukan kesihatan) untuk aktiviti pembersihan terutama di fasiliti-fasiliti kesihatan yang terjejas dengan bencana tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Nursing Professional Group (NPG) International Nursing Conference 2023 bertemakan Invest in Nursing: Then, Now and What’s to Come, hari ini.

Hadir sama Pengarah Kesihatan Melaka Datuk Dr Rusdi Abd Rahman, Pengerusi NPG Prof Zahrah Saad dan Pengarah Kejururawatan KKM SM Devi.

Dalam pada itu, Dr Zaliha berkata KKM mempunyai prosedur operasi standard (SOP) ketika berlaku banjir terutama dalam menguruskan pusat pemindahan sementara (PPS).

Beliau berkata antara perkara dilakukan termasuklah melaksanakan aktiviti semburan untuk mengelak penyakit berjangkit selain membuka klinik bergerak sebagai rawatan segera kepada mangsa banjir yang sakit.

Katanya, KKM juga masih melakukan saringan COVID-19 kepada mangsa banjir yang berpindah ke PPS.

Keadaan banjir di beberapa negeri semakin membimbangkan dengan jumlah mangsa yang ditempatkan di PPS meningkat kepada 48,989 orang setakat pagi ini. 

Johor terus mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 44,860 orang diikuti Pahang (2,978), Negeri Sembilan (587), Melaka (493) dan Selangor (71). – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button