Berita Utama

Permohonan permit umrah Ramadan dibuka

Permit umrah warga asing sah laku sehingga 90 hari

KUALA LUMPUR, 15 Syaaban 1444H, Rabu – Kementerian Haji dan Umrah (MoHU) Arab Saudi pada Rabu mengumumkan permohonan permit untuk mengerjakan ibadah umrah sepanjang Ramadan 1444H kini dibuka.

Kementerian itu menerusi kenyataan dimuat naik di laman Twitter rasminya berkata, permohonan itu terbuka kepada semua warga Saudi dan warga asing dengan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

“Permohonan hendaklah dibuat melalui aplikasi telefon pintar “Nusuk” atau “Tawakkalna” dengan syarat pemohon bebas jangkitan COVID-19 dan bukan kontak rapat kepada mana-mana pesakit COVID-19”, katanya.

Kenyataan itu turut menambah bahawa permit umrah bagi warga asing sah laku sehingga 90 hari, di samping mengingatkan para jemaah agar tidak tinggal di Arab Saudi melebihi tempoh berkenaan.-  Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button