Berita UtamaDunia

Polis Pakistan guna gas pemedih mata surai penyokong Imran Khan

Puluhan ditahan ingkar larangan kerajaan adakan perhimpunan

LAHORE, 16 Syaaban 1444H, Khamis – Polis Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata ke arah penyokong bekas Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan yang berhimpun di kawasan mewah di Lahore, timur negara tersebut.

Tindakan berkenaan dilakukan kerana penyokong tegar Imran mengingkari larangan kerajaan mengadakan perhimpunan dan menyebabkan puluhan yang ditahan.

Imran yang kini menjadi ketua pembangkang, digulingkan di Parlimen April tahun lalu namun mendakwa penyingkiran tersebut sebagai tidak sah dan menggesa supaya pilihan raya dipercepatkan.

Kerajaan penggantinya, Shahbaz Sharif menolak tuntutan berkenaan dan menegaskan pilihan raya akan dilakukan seperti dijadualkan hujung tahun ini.

Seorang pemimpin kanan parti yang diterajui Imran, Hammad Azhar berkata, polis menahan penyokong berkenaan yang merancang mengadakan perhimpunan yang bermula di Zaman Park, kawasan mewah yang didiami Imran.

Sementara Imran yang berada di kediaman berkenaan mengutuk tindakan kekerasan polis ke atas penyokong yang tidak mempunyai senjata.

Bekas pemimpin yang berusia 70 tahun itu terlibat dalam pelbagai kes mahkamah termasuk pertuduhan keganasan di beberapa tempat di negara tersebut. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button