Berita UtamaDunia

Turkiye, Finland dan Sweden setuju adakan rundingan NATO

Tingkat kerjasama perangi keganasan antara memorandum

STOCKHOLM, 17 Syaaban 1444H, Jumaat – Turkiye, Finland dan Sweeden akhirnya bersetuju untuk mengadakan rundingan berkaitan keanggotaan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dengan Sweden dan Finland.

Ketiga-tiga negara itu juga bersetuju untuk berjumpa semula sebelum Sidang Kemuncak Vilnius pada Julai depan.

Setiausaha Agung NATO, Jens Stoltenberg berkata, Finland dan Sweeden mengambil langkah yang belum pernah dilakukan sebelum ini untuk menangani kebimbangan keselamatan Turkiye.

Kini tiba masanya untuk semuanya bersatu dan mengalu-alukan dan Sweden dan Finland sebagai ahli penuh sebelum sidang Kemuncak di Vilnius, menurutnya.

Ketika pertemuan, semua wakil dari tiga negara itu membincangkan langkah yang perlu dilakukan untuk melaksanakan memorandum tiga hala.

Seperti yang dipersetujui dalam memorandum berkenaan, tiada sekatan eksport senjata di antara mereka, selain meningkatkan kerjasama dalam memerangi keganasan.

“Manakala Sweden kini dalam proses mengetatkan undang-undang antikeganasan termasuk terhadap PKK, yang dianggap pengganas oleh Turkiye,”menurut kenyataan berkenaan.

Buat masa ini, hanya Hungary dan Turkiye tidak meratifikasi Sweden dan Finland untuk menjadi ahli NATO yang dianggotai 30 ahli. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button