Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Guna KWSP jadi cagaran pinjaman tak langgar akta

Hanya kes-kes mendesak diberikan pertimbangan: PM

IPOH, 18 Syaaban 1444H, Sabtu – Kaedah membolehkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menggunakan wang caruman di agensi itu sebagai cagaran kepada bank bagi tujuan pembiayaan kewangan, tidak melanggar Akta KWSP, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, perkara itu telah dibincangkan pihaknya dengan KWSP, dan difahamkan tiada sebarang halangan untuk melaksanakannya.

Menjawab soalan mengenai kaedah itu yang mendapat pelbagai maklum balas ramai, termasuk yang negatif, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, kaedah berkenaan adalah bagi membantu kes-kes tertentu. 

“Biasalah… Kalau ikutkan memang tidak benarkan, tetapi ada kes mendesak contohnya pencarum ada simpanan tetapi tidak mampu misalnya bayar yuran pendidikan anak ke luar negara, kes-kes kita beri pertimbangan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Air Sedunia 2023 di Stadium Indera Mulia, di sini hari ini. 

Terdahulu, pada sesi penggulungan usul Belanjawan 2023 di Parlimen pada Khamis lepas, Anwar berkata kerajaan akan memperkenalkan kaedah yang membolehkan pencarum KWSP menggunakan wang caruman di agensi itu sebagai cagaran kepada bank bagi tujuan pembiayaan kewangan.

Sebelum ini terdapat desakan pengeluaran KWSP secara bersasar bagi membantu golongan terkesan pasca COVID-19 serta inflasi.-  Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button