Dunia

PM Palestin beri amaran kesan serius jika jenayah Israel berterusan

Gesa pentadbiran AS anggap rejim Zionis bertanggungjawab penuh atas perbuatan

RAMALLAH, 19 Syaaban 1444H, Ahad – Perdana Menteri Palestin, Mohammad Shtayyeh memberi amaran terhadap kesan serius jenayah berterusan pengganas Israel ke atas rakyat Palestin.

Dalam satu kenyataan, Shtayyeh menggesa pentadbiran Amerika Syarikat (AS) untuk memberi tekanan kepada pendudukan Israel bagi menghentikan jenayah terhadap rakyat Palestin, dan menganggap rejim itu bertanggungjawab penuh di atas perbuatannya.

“Pembunuhan sistematik itu berterusan menyasarkan kanak-kanak Palestin, menyebabkan ibu bapa mereka berduka akibat kehilangan anak mereka.

“Dalam pertukaran insiden berdarah antara peneroka haram dan tentera Israel, Abdul Karim Al-Sheikh, 21, terbunuh pagi Jumaat oleh peluru peneroka di kampung Siniriya.

“Dan Amir Mamoun, 16, dari Qalqilya terbunuh oleh peluru tentera Israel,” katanya.

Shtayyeh turut merakamkan ucapan takziah kepada rakyat Palestin yang dibunuh oleh tentera serta peneroka Israel terbabit. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button