Berita UtamaDunia

Arab Saudi enggan keluarkan visa masuk kepada delegasi Israel

Hanya 22 negara dari senarai jemputan UNTWO diberi visa

RIYADH, 20 Syaaban 1444H, Isnin – Arab Saudi enggan mengeluarkan visa masuk kepada delegasi Israel yang dijemput ke acara pelancongan tajaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di negara itu.

Tindakan berkenaan mengecewakan harapan Tel Aviv untuk mengeratkan hubungan dengan Riyadh dalam masa terdekat.

Pertubuhan Pelancongan Dunia PBB (UNWTO) telah menjemput delegasi dari bandar Kfar Kama di utara wilayah yang diduduki untuk mengambil bahagian dalam acara dua hari di bandar al-‘Ula di barat laut Saudi, lapor Bloomberg pada Ahad.

UNWTO telah menghantar jemputan kepada delegasi yang terdiri daripada penduduk Kfar Kama selepas agensi PBB memasukkan nama bandar itu dalam senarai destinasi pelancongan eksklusif.

Bagaimanapun, pihak berkuasa Saudi mengeluarkan visa kepada 22 negara yang dijemput ke acara itu, tetapi enggan menawarkan visa kepada delegasi Israel.

Sementara itu, Kementerian Luar rejim Israel, menghantar surat kepada UNWTO, menggesa supaya menerima visa delegasi mereka, tetapi rayuan tersebut tidak dipedulikan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button