Pendapat

Perarakan LGBT: Mana pihak berkuasa, mengapa membisu?

Apakah ini dianggap bukan satu penghinaan pada Agama Persekutuan?

BARU-BARU ini di Jalan TAR dan sekitar SOGO golongan ‘songsang’ telah berani berbondong-bondong keluar berarak. Namun, mereka berselindung di belakang ‘Perarakan Wanita’.

Namun, liputan dan ‘spotlight’ media dilihat lebih kepada mengangkat tuntutan dan naratif puak-puak ini.

Tuan-tuan, ini bukan berarak selindung-selindung. Tapi depan mata kita, depan mata pihak berkuasa. Tanpa segan silu pun.

Saya tahu bagaimana pihak berkuasa begitu tegas dan tidak bertolak ansur terhadap apa jua perarakan (berbeza dengan perhimpunan). Kerana saya sudah beberapa kali menganjurkan himpunan awam.

Kali ini, tidak ada pihak yang menghalang mereka. Begitu bebas mereka berarak dgn megah dan lantang. Kalau kami dulu, baru rancang sahaja sudah banyak sekatan dan kadang kala interogasi.

Nampaknya, peristiwa beberapa tahun lalu ketika PH 1.0 memerintah selama 22 bulan kini berulang kembali. Dahulu memang ada himpunan yang serupa.

Mana pemimpin Muslim kita yang mempunyai segala jenis jawatan dan kekuasaan itu?

Mana mereka yang begitu sensitif dengan kuliah agama dan khutbah tetapi tidak sensitif dengan kemungkaran besar ini?

Apakah ini yang dikatakan masyarakat Madani yang difahami oleh golongan liberalis ini? Adakah ini yang dikatakan masyarakat sivil yang bebas membuat apa sahaja?

Pemikiran apa yang nak ditanamkan kepada rakyat?

Mana pihak keselamatan yang begitu keras dan sensitif dengan perhimpunan-perhimpunan, termasuk yang melibatkan pembelaan terhadap Islam?

Apakah ini dianggap bukan satu penghinaan kepada Agama Persekutuan?

Apakah ini bukan cubaan mengganggu gugat keamanan dan kesejahteraan awam?

Apakah hanya kebetulan sahaja golongan ini keluar berbondong-bondong dari persembunyian mereka selepas ‘meletusnya’ filem Mentega Terbang?

Mana dia yang selama ini kononnya memperjuangkan Melayu dan Islam selepas mendapat ‘ghanimah-ghanimah’ GLC dan jawatan kementerian?

Fikir-fikirkanlah.

Aminuddin Yahaya
13 Mac 2023

Rujukan: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2023/03/12/for-2023-womens-march-malaysia-calls-for-equal-pay-and-immediate-end-to-child-marriages/59240

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button