Berita Utama

UMNO janjikan air bersih jika dapat tawan Kelantan

Zahid yakin UMNO Kelantan mampu selesai masalah

KOTA BHARU, 22 Syaaban 1444H, Rabu – UMNO berjanji untuk memastikan air paip di Kelantan bersih dan selamat jika mengambil alih negeri itu daripada PAS, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, UMNO Kelantan mampu menyelesaikan masalah air di negeri itu.

“Jika UMNO Kelantan mengambil alih negeri itu sama ada dalam pilihan raya umum akan datang atau pilihan raya negeri akan datang, kita akan meneruskan dasar-dasar baik yang diperkenalkan kerajaan pimpinan PAS.

“Kita juga akan memastikan masalah air yang dihadapi penduduk di sini dapat diselesaikan.

“UMNO akan cuba selesaikan masalah dan beri bekalan air yang bersih dan selamat untuk dimakan. Oleh itu, beri kami peluang untuk memerintah Kelantan,” kata Zahid.

Beliau berkata, ini antara janji UMNO Kelantan sekiranya parti itu merampas negeri itu daripada PAS dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Kelantan sudah lebih 30 tahun diperintah oleh PAS dan sejak itu rakyat tempatan berdepan dengan isu air.

“Ada yang mendakwa tekanan air di kawasan sekitar mereka rendah, manakala yang lain mendakwa air itu keruh dan tidak selamat untuk digunakan,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button