Berita UtamaDunia

Hamas beri amaran jangan tukar status quo Masjid al-Aqsa

Situasi di Baitulmaqdis makin tegang menjelang Ramadan, perayaan Paskah

GAZA, 24 Syaaban 1444H, Jumaat – Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) memberi amaran kepada negara haram Israel terhadap status quo Masjid al-Aqsa yang akan menyebabkan kawasan berkenaan berubah seperti dilanda gempa bumi.

Amaran berkenaan dikeluarkan Timbalan Ketua Briged Al-Qassam, Marwan Issa ketika wawancara bersama TV Al Aqsa di Gaza.

Kenyataan berkenaan dibuat ketika ketegangan kedua-dua pihak di Baitulmaqdis dan pekarangan Masjid al-Aqsa menjelang bulan Ramadan dan perayaan Paskah yang juga semakin hampir.

“Tiada proses politik dan musuh sudah membatalkan Perjanjian Oslo yang ditandatangani pada 1992 supaya hari yang mendatang dipenuhi dengan peristiwa dan tragedi,” kata Marwan.

Pada masa sama, beliau menyeru semua pihak menyokong tindakan penentangan di seluruh Palestin, terutama di Tebing Barat dan Baitulmaqdis.

“Kami akan mempertahankan rakyat palestin dan segala kekuatan yang ada tanpa memerlukan sebarang campur tangan,” katanya.

April lalu, perkarangan Masjid al-Aqsa menjadi pertempuran antara jemaah Palestin dan polis rejim Zionis ketika orang yahudi melawat tapak suci berkenaan.

Situasi berkenana menyebabkan puluhan jemaah Palestin mengalami kecederaan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button