Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Lans Koperal tembak isteri diarah jalani pemeriksaan mental

Sebutan semula kes 14 April sementara tunggu laporan psikiatri

KANGAR, 24 Syaaban 1444H, Jumaat – Mahkamah Majistret di sini hari ini mengarahkan anggota polis berpangkat Lans Koperal yang dituduh membunuh isterinya menjalani pemeriksaan mental di hospital psikiatri.

Majistret Ana Rozana Mohd Nor memutuskan perkara itu selepas membenarkan permohonan Pengarah Pendakwa Raya Perlis Mohd Nordin Ismail agar Mohamad  Nizarman Hassim, 27, menjalani pemeriksaan itu mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah.

Mohamad  Nizarman yang memakai t-shirt berwarna merah dilihat beberapa kali mengesat air mata dan mengangguk tanda faham ketika pertuduhan dibacakan kepadanya.

Dia didakwa membunuh Safsufarnisya Salleh, 26, di Kampung Bendang Baru, Simpang Empat, Kangar antara 6.45 pagi hingga 8.50 pagi pada 5 Mac lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 14 April ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan psikiatri.

Media sebelum ini melaporkan tertuduh menembak mati isterinya di bilik tidur utama rumah keluarga mangsa.-  Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button