Dunia

Bimbang varian Delta, Filipina larang pelancong dari 10 negara

Kuat kuasa larangan bermula 16 Ogos sehingga 31 Ogos ini

MANILA, 4 Muharram 1443H, Jumaat – Filipina akan menguatkuasakan larangan kemasukan pelancong asing dari India dan sembilan negara lain sehingga hujung bulan Ogos, ekoran bimbang penularan varian Delta, kata jurucakap presiden. 

Harry Roque dalam satu kenyataan berkata, Presiden Rodrigo Duterte bersetuju dengan cadangan petugas COVID-19 untuk melanjutkan sekatan perjalanan dari 16 Ogos hingga 31 Ogos 2021.

Larangan perjalanan pertama kali dikuatkuasakan pada 27 April lalu, telah diperluaskan ke beberapa negara lain termasuk Pakistan, Bangladesh, Sri Lanka, Nepal, Emiriah Arab Bersatu, Oman, Thailand, Malaysia dan Indonesia.

Ketika ini, pihak berkuasa Filipina berusaha menangani peningkatan kes jangkitan ke paras tertinggi dalam tempoh empat bulan, susulan jumlah direkodkan pada paras 12,000 untuk dua hari berturut-turut pada Khamis. 

16 bandar di Manila – yang mempunyai 13 juta penduduk – masih berada di bawah kawalan ketat bagi menyekat penyebaran varian Delta, sementara kerajaan meningkatkan usaha vaksinasi. 

Setakat ini, hanya kira-kira 11 peratus daripada 110 juta penduduk di Filipina telah menerima vaksinasi sepenuhnya. 

Seiring dengan peningkatan kes, kebanyakan hospital di ibu negara berdepan kapasiti maksimum sehingga terpaksa menolak pesakit baharu yang memerlukan katil rawatan dan alat bantuan pernafasan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button