Berita UtamaDunia
Helikopter terhempas di Brazil, 4 maut
Insiden berlaku pada 2:35 petang waktu tempatan di kejiranan Barra Funda

SAO PAULO, 25 Syaaban 1444H, Sabtu – Empat orang terbunuh selepas helikopter yang mereka naiki terhempas di sebatang jalan di Sao Paulo, Brazil pada Jumaat, menurut Jabatan Bomba.
Insiden berlaku pada 2:35 petang waktu tempatan di kejiranan Barra Funda di kawasan barat bandar itu, menurut ciapan Jabatan Bomba menerusi akaun Twitternya.
Menurut media tempatan, helikopter Robinson R44 Raven II dimiliki sebuah syarikat pengangkutan udara, lapor Xinhua.
Sao Paulo mempunyai 411 helikopter persendirian berdaftar, dengan 2,200 perjalanan harian direkodkan untuk 2021, menurut Persatuan Juruterbang Helikopter Brazil. – Bernama
Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.