Berita UtamaIstimewa

Sampai bila lantikan politik dalam GLC akan berakhir?

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 26 Syaaban 1444H, Ahad – Apa sahaja alasan kerajaan campuran, lantikan orang politikĀ  dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bertentangan dengan hasrat menolak amalan kronisme dan nepotisme dalam pentadbiran.

Setiausaha Agung BERJASA, Zulkifli Yahya berkata, rakyat pastinya kesal dengan kerajaan yang meneruskan amalan melantik ahli politik dalam GLC.

“Mana janji manis Perdana Menteri. Cakap tak serupa bikin.

“Ya, memang tidak salah lantik ahli politik yang sesuai dengan kelayakan dan pengalamannya.

“Tapi malangnya, ia menampakkan PH + BN amal kronisme,” katanya kepada Ismaweb.net.

Isu lantikan ini tercetus apabila beberapa pemimpin politik dilantik dalam GLC antaranya bekas Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki dilantik sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Selain itu, Ahli Parlimen Balik Pulau, Bakhtiar Wan Chik daripada PKR dilantik sebagai pengerusi MyCreative Ventures Sdn Bhd.

Terbaharu, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang kalah di Parlimen Machang pada PRU15 lalu, dilantik semula sebagai Pengerusi FELCRA.

Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, lantikan ahli atau profesional mewakili parti politik dalam GLC adalah di bawah pengetahuan dan tapisan Sekretariat Kerajaan Perpaduan.

Dakwanya, kerajaan melakukan perundingan malah sebelum sesuatu pelantikan dibuat sekretariat ini akan memperincikan dahulu latar belakang individu berkenaan.

“Ini dibuat agar tokoh-tokoh mewakili parti politik yang diketengahkan mempunyai pengalaman dan latar belakang yang mampu menguatkan kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button