Berita UtamaDunia

Sweden pujuk Turkiye mohon sertai NATO

Tuntut ekstradisi kumpulan yang dilabelkan pengganas

STOCKHOLM, 26 Syaaban 1444H, Ahad –Sweden akan meneruskan usaha memujuk Turkiye menarik balik sekatan ke atas negaranya berhubung kemasukan ke Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Tindakan itu susulan Presiden Recep Tayyip Erdogan hanya membuka pintu penyertaan kepada Finland.

Menteri Luar Sweden, Tobias Billstrom berkata, pihaknya telah melaksanakan peranan dalam memenuhi sebahagian perjanjian dengan Turkiye yang ditandatangani kedua-dua negara Nordik pada Jun tahun lalu.

Malah, berjanji akan terus menghormati perjanjian berkenaan.

“Sweden telah melakukan apa sahaja yang dijanjikan selepas menandatangani perjanjian,” kata Billstrom.

Perjanjian Jun, membuka jalan kepada jemputan Sweden dan Finland ke NATO termasuk ikrar untuk mengelak melakukan sekatan senjata ke atas Turkiye dan memerangi keganasan.

Bagaimanapun, hubungan antara Ankara dan Stockholm menjadi tegang selepas Turkiye mendakwa Sweden tidak melakukan tindakan yang mencukupi dalam membanteras kumpulan dilabelkan sebagai pengganas oleh Turkiye.

Rundingan kedua-dua negara itu juga terhenti selepas kekecohan mengenai patung yang menyerupai Erdogan dinaikkan secara terbalik di bandar stockholm.

Ia termasuk tindakan aktivis sayap kanan yang membakar al-Quran di luar kawasan kedutaan Turkiye.

Walaupun Sweden telah memperkenalkan undang-undang antikeganasan yang lebih ketat selepas kejadian berkenaan, namun Erdogan tetap enggan meratifikasi permohonan Sweden.

Jumaat lalu, Erdogan mengulangi tuntutannya agar Sweden mengekstradisi kumpulan yang dilabelkan pengganas oleh Turkiye. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button