Berita Utama

Mangsa banjir di Batu Pahat menurun

10,396 orang masih ditempatkan di 51 PPS setakat pagi ini

JOHOR BAHRU, 27 Syaaban 1444H, Isnin – Situasi banjir di Batu Pahat menunjukkan perkembangan positif dengan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) terus menurun, setakat 8 pagi ini. 

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negari (JPBN) memaklumkan seramai 10,396 orang masih ditempatkan di 51 PPS, berbanding 13,872 orang di 59 PPS yang direkodkan pada 8 malam tadi. 

Menurut JPBN, tiga PPS yang menempatkan jumlah mangsa tertinggi adalah Sekolah Kebangsaan Seri Aman (552), Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) (SJKC) Li Chun (522) dan SJKC Tongkang (478).

Tiga sungai masih berada pada tahap amaran iaitu Empangan Bekok di Sungai Bekok (19.06 meter), Empangan Sembrong di Sungai Sembrong (11.17m) dan Sungai Senggarang di Senggarang (3.30m). 

Bagaimanapun, cuaca diramalkan cerah di kesemua 10 daerah pada pagi ini. –  Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button