Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Cadangan cagar wang KWSP tumpuan Dewan Rakyat

Berapa kadar faedah dikenakan kepada pencarum antara soalan MP PN

KUALA LUMPUR, 28 Syaaban 1444H, Selasa – Cadangan supaya pencarum dapat membuat pinjaman bank dengan cagaran wang caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibangkitkan di Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, Datuk Muslimin Yahaya (PN-Sungai Besar) bertanyakan Perdana Menteri mengenai justifikasi cadangan itu dan berapakah kadar faedah yang dikenakan kepada pencarum yang layak dipertimbangkan untuk skim berkenaan pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT).

Turut menarik perhatian, soalan Cha Kee Chin (PH-Rasah) kepada Perdana Menteri sama ada Lim Guan Eng (PH-Bagan) telah membatalkan pengecualian cukai Yayasan Albukhary dan sebab pembatalan dibuat sekiranya ada, ketika beliau menjawat jawatan Menteri Kewangan dari Mei 2018 hingga Februari 2020.

Dalam pada itu, Roslan Hashim (PN-Kulim Bandar Baharu) ingin tahu sama ada Kementerian Pendidikan boleh mempermudah urusan perolehan dan pembelian alat teknologi maklumat dan komunikasi  (ICT) oleh pihak sekolah seperti mesin cetak, komputer dan komputer riba pada sesi soal jawab lisan.

Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng (BN-Tanjung Piai) pula meminta Menteri Perladangan dan Komoditi menyatakan apakah kerajaan melalui kerjasama pelbagai kementerian bersedia untuk menjalankan ujian penghasilan bio bahan api daripada minyak kelapa sawit seperti yang telah mula dilakukan Indonesia.

Selesai sesi berkenaan, mesyuarat Dewan Rakyat diteruskan dengan perbahasan dan penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di peringkat jawatankuasa melibatkan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dan Kementerian Kesihatan. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button