Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Jangan ‘tutup mata’ pada pihak mulakan provokasi agama

Sekat isu kontroversi dari awal jika enggan berulang

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 28 Syaaban 1444H, Selasa – Rakyat pastinya tidak berpuas hati dengan sebarang tindakan yang melanggar atau bertentangan tatasusila negara, terutama berkait sensitiviti agama dan kaum.

Atas dasar itu, tidak adil sekiranya kerajaan hanya menegur pihak yang mencetuskan provokasi, tetapi ‘menutup mata’ terhadap sebelah lagi pihak yang sengaja menimbulkan kemarahan ramai.

Timbalan Presiden BERJASA, Datuk Mohd Rosli Ramli berkata, kerajaan sewajarnya menyekat dahulu sebarang perbuatan yang boleh menimbulkan kontroversi serta menggugat keharmonian kaum dan agama di negara ini.

“Sebagai contoh, kalau perarakan Hari Wanita diambil kesempatan oleh puak yang mempromosikan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender), adakah wajar perkara itu digembar-gemburkan atau disekat?

“Kalau kita tidak menyekatnya dari awal, maka akan berlakulah keadaan pada hari ini. Apa yang kita nak bawa dalam negara kita ini?

“Kita nak bawa satu tamadun yang lebih bermaruah, bukan perkara songsang, melawan adab dan tatasusila Islam sebagai agama Persekutuan di Malaysia,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas amaran yang diberikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini, terhadap cubaan atau tindakan yang boleh menganggu-gugat keharmonian negara.

Anwar dalam kenyataannya, telah mengarahkan pihak berkuasa keselamatan supaya berwaspada terhadap mana-mana individu yang cuba menyemai benih kebencian dengan menggunakan sentimen perkauman dan agama.

Mengulas lanjut, Mohd Rosli berkata, kerajaan perlu bersikap adil dalam membuat pertimbangan ketika menangani isu-isu berkait sentimen perkauman dan agama, supaya tiada lagi provokasi seumpamanya berulang.

“Pada saya, selagi kerajaan tidak boleh menyelesaikan isu-isu fundamental yang berada dalam masyarakat, maka sukarlah untuk kita maju ke depan.

“Apabila isu sensitiviti agama, kaum dimainkan, maka kita takkan ke mana. Sebab itu saya kata, kita perlu hormat Perlembagaan Persekutuan dan menjaga adab tatasusila yang telah lama berakar umbi di negara ini,” katanya.

Berita berkaitan;

Jangan semai kebencian guna sentimen kaum, agama: PM

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button