Berita Utama

Lantikan politik dalam GLC mesti berkelayakan, bukan hentam kromo

Guna kesempatan dan peluang untuk survival politik

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 28 Syaaban 1444H, Selasa – Lantikan politik sering kali dikaitkan dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), namun ia mencetuskan persepsi kurang baik kerana tidak semua dilantik berkelayakan.

Bagi Ketua Pemuda BERJASA, Fahmi Bazlan, sekiranya kerajaan melantik orang politik dalam GLC, tindakan itu seolah-olah menghantar lanun masuk ke lubuk emas.

“Ada kemungkinan hanya memikirkan bagaimana menggunakan kesempatan dan peluang untuk survival politik.

“Rasuah dan pelbagai helah untuk meluluskan peruntukan tambahan walaupun kadang-kadang hasilnya tidak memenuhi KPI yang disasarkan.

“Ini kerana laba politik yang dicari bukan merancang dengan tadbir urus yang baik, tapi hanya menjadi sandaran,” katanya kepada Ismaweb.net.

Beliau menjelaskan, rakyat dapat melihat banyak isu dan masalah tidak selesai tetapi peruntukan sudah habis.

“Sebab apa? Sudah tentu melibatkan penyelewengan dana yang banyak sedang berlaku.

“Maka, sangat penting untuk lantik individu profesional yang berintegriti dan berpengalaman supaya dana yang semakin terhad ini diurus dan ditadbir dengan baik.

“Jangan lantik orang politik, kalau terdesak sangat, pastikan ahli politik yang di lantik ada merit serta kelayakan dalam bidang dan GLC yang di pegang,” katanya.

 

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button