Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Dunia

Rohingya tuntut hak kewarganegaraan dari Myanmar

400 pelarian kumpulan pertama kembali ke tanah air

DHAKA, 28 Syaaban 1444H, Selasa – Pelarian Rohingya menuntut kewarganegaraan dan hak asasi mereka dijamin sebelum kembali ke Myanmar, tatkala usaha penghantaran pulang sedang dijalankan.

Kira-kira 1.2 juta pelarian Rohingya tinggal di kem-kem kosong di Cox’s Bazar, Bangladesh – di mana kebanyakan mereka melarikan diri daripada keganasan serta penganiayaan rejim Myanmar pada 2017.

Sepasukan wakil dari Myanmar tiba minggu lalu untuk mengesahkan pelarian Rohingya di kem Bangladesh, yang berpotensi untuk dibawa pulang ke negara asal.

Langkah itu sebagai sebahagian daripada projek perintis penghantaran pulang, yang  tertangguh selama bertahun-tahun.

Pihak berkuasa menjangkakan 400 orang akan dibenarkan pulang ke tanah air mereka, sebahagian daripada lebih 1,100 yang disenaraikan sebagai kumpulan pertama berpotensi dihantar balik ke Myanmar.

Bagaimanapun, agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) menyifatkan keadaan di negeri Rakhine, Myanmar masih tidak kondusif untuk kepulangan pelarian Rohingya.

Dalam satu kenyataan, UNHCR berkata, pihaknya tidak terbabit dalam perbincangan ke arah penghantaran pulang pelarian Rohingya di Bangladesh ke Myanmar, walaupun menyedari projek itu telah dicadangkan oleh China.

“Kami mengulangi bahawa setiap pelarian mempunyai hak untuk pulang ke negara asal, tetapi tiada pelarian perlu dipaksa berbuat demikian,” kata UNHCR.- Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button