Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

BERJASA desak bantah ‘Thai Hot Guy’, cemar kesucian Ramadan

Tindakan sewajarnya kepada pihak yang sengaja mempromosi secara terbuka

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 29 Syaaban 1444H, Rabu – Pemuda BERJASA mengutuk keras penganjuran pertunjukan ‘Thai Hot Guy’ yang akan berlangsung di sebuah kelab malam di ibu negara, 30 Mac ini.

Ketua Pemudanya, Fahmi Bazlan menegaskan, penganjuran ‘menjijikkan’ itu bukan hanya mencemari kesucian bulan Ramadan, bahkan menjejaskan imej Malaysia sebagai model negara Islam yang maju dan bertamadun.

Atas dasar itu, beliau mendesak kerajaan dan Majlis Raja-Raja mengambil tindakan sewajarnya kepada pihak yang sengaja mempromosi secara terbuka pertunjukan terbabit.

“Jangan cemari kesucian Ramadan dengan promosi gay. Kegilaan apakah ini? Alasan sudah pasti, tertutup dan untuk bukan Islam.

“Umat Islam dan seluruh rakyat Malaysia yang masih waras perlu mengambil sikap bertanggungjawab dan respon sebagai membantah penganjur,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Terdahulu, tular sebuah gambar di laman sosial Facebook yang mengiklankan penganjuran acara pembukaan rasmi sebuah kelab dikenali ‘Privacy Club Tun Razak’ di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, Khamis depan.

Difahamkan, pertunjukan itu sebagai sebuah tarikan pelancong ‘masyhur’ di Thailand yang dibawa masuk ke Malaysia, di mana lelaki berbadan sasa akan berpakaian seksi dan menjadi pelayan restoran dengan aksi-aksi mengghairahkan.

Iklan pertunjukan itu sekali gus mengundang kecaman pelbagai pihak yang menyifatkan penganjur tidak sensitif dengan umat Islam yang baru seminggu menyambut kedatangan bulan Ramadan.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button