Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Menjijikkan! Thai Hot Guy promosi seks bebas

Acara berlawanan budaya tempatan, tidak sensitif kedudukan Islam

BANGI, 29 Syaaban 1444H, Rabu – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) digesa mempertimbangkan semula kebenaran pertunjukan ‘Thai Hot Guy’ yang dijadual berlangsung di sebuah kelab malam di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada 30 Mac ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan melahirkan rasa kesal dan menyifatkan penganjuran seperti itu keterlaluan, tidak bermoral dan menjijikkan.

“Acara berkenaan mempromosikan budaya hedonistik, lucah dan seks bebas.

“Ia disertakan dengan gambar-gambar seksi aksi mencolok mata kumpulan berkenaan dengan pengunjung secara terbuka,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Takiyuddin berkata, acara itu berlawanan dengan budaya tempatan selain tidak sensitif dengan kedudukan Islam, apatah lagi majlis pembukaan pula diadakan pada bulan Ramadan yang mulia ini.

“Kebebasan individu atau ekonomi tidak boleh sama sekali dijadikan alasan untuk membenarkan atau melakukan perbuatan dan kecenderungan negatif seperti ini,” katanya.

Lebih malang, apabila nama bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak dibenarkan untuk digunakan sebagai nama sebuah bar.

Katanya, perbuatan itu sangat tidak sensitif mahupun bertanggungjawab, malah menghina nama baik pemimpin negara.

“Agensi pendaftaran syarikat juga perlulah lebih berhati-hati dalam hal ini dan tidak sewenang-wenangnya membenarkan individu atau syarikat mendaftarkan nama perniagaan mereka tanpa mengambil kira faktor seperti kesesuaian dan kewajaran,” jelasnya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button