Berita UtamaDunia

Penceroboh haram bina empat penempatan di Tebing Barat

Palestin gesa masyarakat antarabangsa beri tekanan pada Zionis

RAMALLAH, 29 Syaaban 1444H, Rabu – Rakyat Palestin menyuarakan kemarahan selepas rejim Zionis meluluskan undang-undang yang membenarkan penceroboh haram membina semula empat penempatan di Tebing Barat yang dipindahkan sejak dua dekad lalu.

Rang Undang-Undang yang dipanggil ‘undang-undang pemisahan’ di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza dilulus oleh Parlimen Israel, Isnin lalu.

Rejim Zionis memindahkan penempatan di utara Tebing Barat sebagai sebahagian daripada rancangan pemisahan dari Gaza pada 2005.

Jurucakap Presiden Palestin, Nabil Abu Rudeineh mengutuk tindakan Knesset yang melanggar semua resolusi legitimasi antarabangsa khususnya Resolusi (2334), yang menganggap semua penempatan adalah haram di semua wilayah Palestin.

Nabil berkata, negara haram Israel, sedang berusaha untuk menggagalkan usaha antarabangsa mencegah peningkatan penempatan haram.

Justeru, Nabil menggesa masyarakat antarabangsa tertutama Amerika Syarikat (AS) memberi tekanan kepada rejim Zionis bagi menghentikan dasar unilateral yang melanggar undang-undang antarabangsa.

Sementara itu, Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Fatah, Jibrail Rajaoub berkata, penceroboh haram kini kembali ke penempatan di Homesh sebelum undang-undang diluluskan.

Malah, Jibrail mendakwa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengabaikan perjanjian pada sidang kemuncak Aqaba tiga minggu lalu.

“Kemungkinan Israel tidak akan mematuhi persefahaman di Sharm El-Sheikh dan ketegangan akan berlaku ketika bulan Ramadan ini,” katanya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button