Artikel Khas

Pertunjukan ghairah ketika bulan Ramadan menghina Islam

Desak sekat program, rayu pihak berkuasa cakna isu sensitif

TULAR iklan promosi pertunjukan ‘Thai Hot Guy’ yang dijadualkan pada 30 Mac 2023 ini di sebuah kelab malam di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Difahamkan pertunjukan itu merupakan sebuah tarikan pelancong ‘masyhur’ di Thailand yang dibawa masuk ke Malaysia, di mana lelaki-lelaki berbadan sasa akan berpakaian seksi menjadi pelayan restoran dengan aksi-aksi yang menghairahkan.

Yang paling mengecewakan, ianya dibuat dalam bulan Ramadan. Memang betul-betul mencemarkan bulan Ramadan sekaligus menghina kehormatan Islam sebagai agama negara.

Bayangkanlah bagaimana orang-orang luar, termasuk orang-orang Thai ini akan memandang Malaysia selepas ini. Pasti mereka akan rasa kita tidak lagi sensitif dan kisah mengenai imej negara sebagai sebuah negara yang penuh adab ketimuran dan prinsip-prinsip Islami.

Memanglah ianya bukan untuk orang Islam tetapi apa pula faedahnya untuk orang-orang bukan Islam terutamanya generasi muda? Inikah jenis hiburan yang kita ingin biarkan disajikan kepada mereka?

Entah apa lagi yang ingin kita ‘halalkan’ atas nama hak untuk bukan Islam tetapi hakikatnya menipu diri sendiri atas nama kebebasan?

Saya desak pihak majlis agama, DBKL dan pihak polis berganding bahu berusaha untuk menyekat program ini. Contohnya, DBKL boleh gantung lesen perniagaan manakala majlis agama boleh mengeluarkan kenyataan rasmi melalui Menteri Agama (Menteri Agama memang jaga WP).

Sudah banyak kali saya rayu agar pihak berkuasa tolonglah lebih cakna dan sensitif terhadap program-program merosakkan sebegini. Kalau pertubuhan-pertubuhan Melayu nak buat program sikit, bukan main lagi sekat sini sana.

Memalukan!

Aminuddin Yahaya
22 Mac 2023

Rujukan: https://hype.my/2023/320030/thai-hot-guy-malaysian-privacy-club-tun-razak-grand-opening/amp/

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button