Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita UtamaDunia

Tahanan Palestin mulakan mogok lapar selepas rundingan gagal

Kempen mogok lapar dilancar pada hari pertama Ramadan

TEBING BARAT, 29 Syaaban 1444H, Rabu – Tahanan Palestin memulakan kempen mogok lapar pada hari pertama Ramadan selepas rundingan berhubung tuntutan membatalkan penindasan ke atas mereka menemui kegagalan.

Persatuan Tahanan Palestin (PPS) dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya telah menyerahkan surat kepada IPS dan menyatakan hasrat berkenaan.

Malah, semua tahanan sebulat suara bersetuju untuk memulakan mogok lapar.

Dilaporkan, sebahagian tahanan telah memulakan mogok berkenaan sejak kelmarin, 20 Mac 2023.

Manakala sebahagian lagi akan memulakan pada hari pertama Ramadan.

Sebelum ini tahanan Palestin dilayan kejam dan ditempatkan kurungan bersendirian selepas enggan mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak penjara israel.- Agensi

Pautan berkaitan;
https://ismaweb.net/2023/03/15/hamas-beri-amaran-pada-rejim-israel-henti-aniaya-tahanan-pelestin/

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button