Berita Utama

Cakap mengenai Melayu langgar undang-undang? Jika tidak, kenapa sekat?

Aminuddin tegaskan tiada unsur hasut kebencian kaum dalam proklamasi Melayu

BANGI, 1 Ramadan 1444H, Khamis – Tiada sebarang kandungan yang merbahaya, apatah lagi untuk menghasut perasaan kebencian antara kaum dalam proklamasi Melayu yang sepatutnya dilancarkan pada Ahad lalu.

Jurucakap Gagasan Bangsa, Aminuddin Yahaya menjelaskan, kandungan proklamasi  hanyalah penyataan mengenai keadaan orang Melayu masa kini yang makin terpinggir akibat daripada perpecahan.

Bagaimanapun, beliau tidak menyalahkan mana-mana pihak jika ada yang mengintepretasikan sekretariat proklamasi Melayu sebagai gerakan politik, memandangkan ia dihadiri pemimpin politik khususnya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Disebabkan itu, empat kali tempat penganjuran terpaksa diubah selepas pemilik premis membatalkan tempahan kerana didakwa ada arahan pihak tertentu untuk menghalang acara itu diadakan.

“Ini menakutkan sesetengah pihak yang merasakan acara ini akan menimbulkan gelombang kebangkitan orang Melayu.

“Bagi saya sama ada gerakan politik ataupun NGO atau apa sekalipun, yang penting isunya adalah mengenai nasib orang Melayu dan bagaimana harus ditangani,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Atas sebab itu, Aminuddin mempersoalkan apakah bercakap mengenai Melayu dianggap suatu yang melanggar undang-undang, dan sekiranya tidak, mengapa usaha berkenaan disekat?

“Jika ia sesuatu yang salah, bermakna tidak akan ada lagi mana-mana pihak boleh bercakap soal Melayu. Tidakkah ini sesuatu yang pelik di negara orang Melayu sendiri?

“Jika tidak ada yang bercakap soal Melayu, bermakna juga tidak akan ada lagi orang yang akan memperjuangkannya.

“Jika tidak ada yang memperjuangkannya, maka nasib Melayu akan jadi lebih malang dan terpinggir. Jom sokong proklamasi Melayu,” katanya.

Tandatangan di sini sebagai tanda sokongan: https://bit.ly/ProklamasiOrangMelayu

Berita berkaitan;

https://ismaweb.net/2023/03/19/pihak-sekat-proklamasi-melayu-zalim-takut-bayang-bayang-sendiri-tun-m/

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button