Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita UtamaDunia

Arab Saudi beri pengampunan kepada ratusan banduan sempena Ramadan

Inisiatif negara galakkan belas kasihan pada bulan suci

RIYADH, 3 Ramadan 1444H, Sabtu – Bersempena Ramadan, kerajaan Arab Saudi memberikan pengampunan dan membebaskan sejumlah besar tahanan yang telah dipenjarakan atas kesalahan kecil.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Penjara, pembebasan ratusan banduan telah pun bermula mengikut titah Raja dan arahan Menteri Dalam Negeri, Putera Abdulaziz bin Saud bin Nayef.

Keputusan ini diputuskan bagi menyokong inisiatif negara untuk menggalakkan pengampunan dan belas kasihan pada bulan suci Ramadan.

Banduan yang dibebaskan termasuk warga Saudi dan tawanan antarabangsa telah memenuhi keperluan khusus dan menyertai program pemulihan bertujuan menempatkan semula mereka ke dalam masyarakat.

Di kebanyakan negara Islam, membebaskan banduan pada awal Ramadan adalah amalan popular untuk menunjukkan amal dan belas kasihan.  

Sebelum Ramadan bermula, Pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed bin Rashid, mengampunkan 1,025 banduan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button