Jordan kecam Israel bina 1,029 penempatan haram di Palestin
Menyalahi undang-undang antarabangsa, langgar hak asasi manusia

AMMAN, 4 Ramadan 1444H, Ahad – Menteri Luar dan Ekspatriat Jordan mengecam keputusan negara haram Israel membina lebih 1,000 unit kediaman kepada penceroboh di Palestin.
Agensi berita Jordan melaporkan, tindakan tidak adil Zionis ini melanggar undang-undang antarabangsa dan Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 2334.
Ia menjejaskan usaha untuk mencapai keamanan dan peluang penyelesaian dua negara berdasarkan resolusi antarabangsa.
Seorang pegawai kanan berkata, tindakan unilateral Israel, kuasa pendudukan termasuk perluasan penempatan, rampasan tanah dan pengusiran rakyat Palestin adalah tindakan yang menyalahi undang-undang antarabangsa dan pelanggaran undang- undang kemanusiaan yang serius.
Terbaharu, kerajaan sayap kanan negara haram itu membenarkan bidaan pembinaan untuk 1,029 kediaman baharu di penempatan Yahudi di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.
Pengumuman dibuat seminggu selepas Israel dan Palestin mengadakan pertemuan di Mesir dalam usaha meredakan ketegangan yang semakin memuncak terutama pada bulan Ramadan.
Sementara itu Kumpulan Pemantau Anti-Penempatan Israel, Peace Now yang mengumumkan bidaan pada Jumaat lalu menyatakan ia merupakan inisiatif pembinaan yang yang berbahaya dan tidak perlu.- Agensi