Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Dunia

34 gegaran landa Syria-Turkiye dalam dua hari

Empat gegaran di Lattakia, 12 lagi di Iskenderun

DAMSYIK, 4 Ramadan 1444H, Ahad – Pusat Gempa Kebangsaan Syria merekodkan 34 gegaran di negara itu dan Turkiye dengan kekuatan antara 4.1 serta 4.9 magnitud, untuk dua hari berturut-turut.

Pusat itu dalam satu kenyataan memaklumkan, gegaran direkod antara pagi Khamis dan Jumaat lalu dengan kedalaman 67.5 kilometer.

Katanya, stesen seismik negara merekodkan empat gegaran di Lattakia, satu daripadanya berada 58 kilometer di utara gabenor dan 50 kilometer di Laut Mediterranian.

Menurut kenyataan itu, gegaran ketiga adalah 45 kilometer di barat laut Latakia dan keempat pula di barat daya Latakia.

Manakala, satu lagi gegaran turut direkodkan di selatan Idlib.

Sementara itu, stesen berkenaan turut merekodkan 12 gegaran di Iskenderun, manakala gempa susulan direkodkan 151 kilometer di timur laut Mosul dan 16 gegaran di tengah serta barat Turkiye.

Februari lalu, dua gempa bumi dahsyat berukuran 7.7 dan 7.6 magnitud melanda tenggara Turkiye dan utara Syria, hingga menyebabkan lebih 54,000 orang terbunuh serta mengakibatkan kerosakan teruk kepada bangunan dan infrastruktur awam negara.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button