Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Khaled Nordin fokus dekati anak muda IPT supaya sokong UMNO

Zaman 'menurut' trend undi, tolak parti politik dah berakhir

BANGI, 4 Ramadan 1444H, Ahad –  Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengakui bertanggungjawab besar dalam memulihkan defisit kepercayaan pengundi muda dan Undi18 terhadap parti itu.

Bukan hanya berperanan sebagai pemimpin tertinggi UMNO, Mohamed Khaled berkata, jawatannya dalam Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) juga menyebabkan beliau tidak akan lepas tangan untuk menarik undi orang muda.

Sebagai menteri di KPT, beliau akan terus menekankan anak muda, khususnya di institusi pengajian tinggi (IPT) bahawa sangat kritikal untuk mereka mengambil tahu mengenai politik.

“Ini tidak terhad kepada mengetahui pemimpin atau parti politik atau sekadar mengikut-ikut sahaja laungan di luar sana.

“Mereka mesti menjadi golongan pintar, matang dan menilai secara objektif serta adil segala dasar dilaksanakan negara dan alternatif dikemukakan pembangkang,” katanya dalam wawancara bersama Berita Harian (BH), hari ini.

Mohamed Khaled berkata, anak muda mesti mula belajar menilai dasar dan pelan pemerintah serta pembangkang kepada negara, dengan melihat fakta, prestasi, termasuk potensi sesuatu dasar.

Katanya, zaman ‘menurut’ sahaja trend semasa dalam mengundi atau menolak parti politik kini sudah berakhir, apatah lagi jika ia hanya bersandarkan sentimen agama, bangsa dan prejudis.

“Jadi, antara fokus saya adalah memastikan Kementerian Pendidikan Tinggi mempunyai dasar dan pendekatan terbaik supaya anak muda di IPT dapat melihat UMNO sebagai parti berupaya menawarkan kepemimpinan serta agenda masa depan cerah untuk mereka.

“Saya percaya, mana-mana parti berupaya menangkap imaginasi anak muda berhubung masa depan dan kemaslahatan mereka akan berpeluang menarik keyakinan serta sokongan mereka,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button