Berita UtamaDunia

Junta Myanmar ikrar teruskan kekerasan kepada lawan

Mahu adakan pilihan raya adil selepas tamat darurat

NAYPYIDAW, 5 Ramadan 1444H, Isnin – Ketua Junta Myanmar, Jeneral Min Aung Hlaing berikrar untuk terus melakukan tindakan kekerasan kepada lawan sambil menegaskan akan mengadakan pilihan raya.

Myanmar kini bergolak selepas tentera menggulingkan kerajaan Aung San Suu, tidak berpuas hati dengan penipuan pilihan raya.

Situasi berkenaan mencetuskan pertempuran dengan pemberontak etnik dan melahirkan puluhan Pasukan Pertahanan Rakyat (PDF) antijunta.

Tegas Aung Hlaing, pihaknya akan mengambil tindakan tegas ke atas penentang dan pemberontak etnik yang menyokong PDF.

“Tindakan keganasan yang dipanggil PDF perlu ditangani untuk kebaikan semua,” katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 8,000 anggota tentera yang hadir sempena perarakan tahunan Hari Angkatan Tentera.

Katanya, Junta kemudian akan mengadakan pilihan raya dengan bebas dan adil selepas tamat darurat.

Sebelum ini, tentera mengumumkan lanjutan darurat selama dua tahun dan penangguhan pilihan raya seperti yang dijanjikan pada Ogos. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button