Berita UtamaDunia

Ketegangan di Palestin semakin memuncak

Rejim halau jemaah dan tahan penduduk Palestin di al-Aqsa

RAMALLAH, 5 Ramadan 1444H, Isnin – Ketegangan di Palestin semakin memuncak apabila rejim haram Israel semakin mengganas dan menyerang penduduk di Tebing Barat dan melakukan pencerobohan dalam Masjid al-Aqsa.

Semalam, Zionis melemparkan bahan mudah terbakar ke arah kediaman Ahmed Awashreh di Sinjil utara Ramallah, sebuah perkampungan yang sering menjadi sasaran penceroboh Yahudi dari Givat Harel, Shilo dan Ma’ale Libouna.

Serangan berlaku beberapa minggu selepas peneroka menyerang Huwaira, Burin dan Qaryut di selatan Nablus, yang menyebabkan puluhan kediaman dan kenderaan rakyat Palestin dibakar.

Awshra, 35, berkata dia dan enam ahli keluarga terpaksa melarikan diri selepas kediamannya musnah dibakar.

Seorang bayi, Ali Dawabsha menjadi mangsa apabila kediaman mereka dibakar, manakala kedua ibu bapanya, Saad dan Riham meninggal dunia selepas rentung dalam kebakaran.

Sementara itu, tentera Zionis menahan lima rakyat Palestin dari Tulkarem dan Huwaira, serta menutup kawasan Nablus beberapa jam selepas tenteranya cedera dalam serangan ketika memandu di Huwara.

Puluhan peneroka berhimpun di Huwara dan menyerang kenderaan milik rakyat Palestin berhampiran bulatan Deir Sharaf di utara Nablus.

Manakala, puluhan peneroka bersenjata pula menyerbu Kota lama di Hebron sambil melaungkan slogan perkauman.

Lebih dahsyat, Zionis dan pengawal sempadan menyerbu Masjid al-Aqsa dan memaksa semua jemaah meninggalkan kawasan berkenaan dan merampas telefon rakyat Palestin. – Agensi.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button