Dunia

New Jersey lantik hakim pertama berhijab di Mahkamah Tinggi

Nadia Kahf angkat sumpah jawatan sambil pegang al-Quran

NEW JERSEY, 5 Ramadan 1444H, Isnin – Peguam Amerika Syarikat (AS) dilantik ke Mahkamah Tinggi New Jersey, sekali gus menjadi hakim pertama  berhijab di negeri itu.

Nadia Kahf – peguam imigresen dari perbandaran Wayne – mengangkat sumpah jawatannya pada Khamis lalu sambil memegang naskah al-Quran.

Pengamal undang-undang berasal dari Syria itu akan berkhidmat sebagai hakim Mahkamah Tinggi Passaic County selepas Gabenor New Jersey, Phil Murphy mencalonkannya setahun lalu.

Walaupun bukan wanita Islam pertama yang berkhidmat sebagai hakim negeri, Nadia adalah hakim pertama yang bertudung.

Beliau juga penasihat undang-undang kepada Wafa House, sebuah agensi keganasan rumah tangga dan perkhidmatan sosial yang berpangkalan di bandar Clifton, selain menjadi Pengerusi Pusat Islam Daerah Passaic.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button