Pendapat

Tiada pertemuan di Arab Saudi, apa berlaku?

Bimbang suasana geopolitik dunia kini sedang ke arah perubahan besar

SEHARI dua ini media sibuk melaporkan tentang lawatan PMx ke Arab Saudi. Dikatakan lawatan kali ini hambar apabila kedatangan PMx tidak mendapat sambutan dari pemerintah sana.

Walaupun PMx berada selama 3 hari namun tidak ada berita yang mengatakan adanya pertemuan dengan Putera Mahkota Saudi atau Crown Prince, Mohamad Bin Salman. Ini bertentangan dengan laporan wari pejabat Kementerian Luar yang mengatakan akan nada pertemuan tersebut pada awalnya.

Tidak pasti apakah sebenarnya yang berlaku tetapi jika benar tidak ada pertemuan ini maka sudah tentu merupakan satu tamparan yang hebat kepada negara.

Mana mungkin seorang Ketua Negara dilayan sebegini rupa. Hubungan Malaysia dan Arab Saudi bukan baru malah begitu rapat dan setiap kali lawatan PM ke sana akan mendapat sambutan yang hebat.

Mana mungkin Kementerian Luar sengaja membuat kenyataan jika tidak ada pengesahan dari pihak Istana Arab Saudi. Macam tidak masuk akal kerana selalunya perkara sebegini akan diuruskan melalui kedutaan negara berkenaan.

Apa yang membimbangkan ialah suasana geopolitik dunia hari ini yang sedang melakukan satu perubahan besar. Peperangan Rusia dan Ukraine telah menimbulkan satu Blok Baharu Dunia yang diketuai oleh China dan Rusia. Kedua-dua negara ini terkenal sebagai pesaing kepada Barat terutama Amerika Syarikat.

Kebangkitan kedua-dua negara ini sangat membimbangkan US apatah lagi beberapa negara sudah mula menyatakan akan bersama dalam gabungan baharu ini seperti Iran, Turkiye dan juga India. Arab Saudi juga mula menunjukkan sikap positif kearah penggabungan kepada Blok Baharu ini.

Adakah kerana Malaysia dilihat agak rapat dengan USA menyebabkan kerajaan Arab Saudi mula menunjukkan sikap mereka? Ini satu perkara yang perlu diteliti dan dikaji.

Dominasi USA terhadap negara-negara teluk terutama Arab Saudi sudah dimaklumi dan berjalan semenjak tahun 1938 apabila minyak mula-mula ditemui.

Mungkin kerana sudah bosan dengan kawalan dari USA maka Raja Saudi merasakan sudah sampai masa untuk keluar dari belengu Barat. Kalau diukur dari segi peluang perniagaan Blok Baharu ini menjanjikan jumlah pasaran yang begitu luas dengan kadar penduduk sekitar hampir 4 billion.

Arab Saudi juga sedar bahawa mereka tidak boleh lagi bergantung kepada minyak sebagai hasil utama negara sebaliknya mereka kini berusaha keras kepada aktiviti pelancongan. Dengan potensi penduduk yang begitu ramai pelancongan pasti akan mampu mendatangkan pendapatan yang lumayan.

Mungkin PMX dan team perlu melihat perkara ini dan beranjak kepada Blok Baharu!

Aminuddin Yahaya

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button