Berita UtamaDunia
20 jemaah umrah maut, nahas bas menuju Makkah
Brek rosak punca bas terlanggar jambatan
MAKKAH, 6 Ramadan 1444H, Selasa – Sekurang-kurangnya 20 orang maut apabila bas yang dinaiki terbalik dan terbakar pada Isnin, lapor penyiar negeri al-Ekhbariya.
Bas itu membawa penumpang ke kota suci Makkah, termasuk jemaah yang akan menunaikan umrah.
Media Arab Saudi melaporkan, punca kemalangan ekoran kerosakan pada brek bas, yang menyebabkan ia terlanggar jambatan, lalu terbalik dan terbakar.
Kira-kira 29 yang lain dilaporkan cedera dalam kemalangan di Aqaba Shaar di wilayah Asir, menurut laporan.
Perkhidmatan kecemasan, termasuk pasukan Bulan Sabit Merah, segera dihantar ke lokasi kemalangan dan jemaah yang cedera dibawa ke hospital berdekatan.
Kebanyakan penumpang adalah penduduk Arab Saudi dan warganegara lain, katanya. – Agensi
Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.