Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Artikel Khas

Apakah kita tandus pakar Melayu dalam bidang perumahan?

Pelantikan pakar mesti mencerminkan formula bilangan penduduk

SEJAK dahulu perkara adil itu, bukan sama rata dan sama rasa, tetapi meletakkan sesuatu pada tempatnya. Memberikan hak kepada yang berhak. Kena bezakan antara equality dan equity. Masalahnya, ada sesetengah daripada mahukan semua sama rata dan sama rasa.

Keadaan jelas terlihat apabila media ultra kiasu memanipulasikan ciapan Mufti Perlis mengenai perlantikan pakar Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Media ultra kiasu bukan main lagi menyiarkan kritikan warganet terhadap ciapan mufti Perlis kerana mempersoalkan kurangnya “masyarakat Muslim” dilantik menganggotai ahli panel berkepakaran di bawah KPKT.

Warganet mengkritik Mufti Negeri Perlis supaya tidak melihat faktor kaum dan kepercayaan, sebaliknya kemampuan melaksanakan amanah.

Ini kerana Mufti Perlis mempersoalkan kurangnya wakil Muslim dilantik sebagai ahli panel berkepakaran dalam KPKT.

Warganet berpandangan ciapan Mufti Perlis mempunyai sentimen berbaur perkauman, manakala ada juga bertanggapan faktor kaum tidak sepatutnya menjadi isu untuk panel itu berfungsi.

Mufti Perlis dalam ciapannya memuatnaik poster memaparkan ahli panel dilantik, yang dipengerusikan Menteri KPKT.

Mufti Perlis berkata: “Nampaknya masyarakat Muslim negara kita ini kekurangan pakar dalam bidang ini. Benarkah begitu? Tangkap layar ciapan Mufti Perlis.

Bukan main lagi warganet ultra kiasu menyerang dengan berkata: “Muslim 10 orang, Cina 15 orang, India 3 orang, diversiti (kepelbagaian) dalam bidang hartanah memang majoriti dikuasai kaum Cina di Malaysia. Paling penting, mereka boleh buat kerja bukan warna kulit, ras atau agama. Jika terbukti tidak boleh, boleh dikaji balik.

Benar, tidak dinafikan orang hartanah dikuasai oleh orang Cina, sebab mereka menguasai ekonomi. Tetapi mereka pakar dalam membuat duit dan membuat keuntungan. Bagaimana dengan aspek kebajikan dan identiti perumahan negara ini.

Tidakkah kita sedar selama ini, rumah (flat) yang kita bina untuk B40, seperti sarang burung. Langsung tidak logik, membina flat dengan keluasan kurang daripada 700 kaki persegi, ada yang satu bilik, dua dan tiga bilik. Begitu juga dengan kemudahan-kemudahan asas yang boleh mengurangkan keuntungan tidak disediakan.

Saya tidak menyalahkan pemaju perumahan sepenuh, tetapi PBT yang meluluskan pelan turut bertanggungjawab sepenuhnya? Begitu juga dengan nama-nama taman perumahan yang langsung tidak mencerminkan jati diri dan identiti negara ini

Memang kita tidak nafikan pandangan warganet lain, yang penting hendak tengok hasil kerja untuk masyarakat – boleh buat kerja atau tidak. “Jika 100 peratus Muslim dalam jawatankuasa, tapi hasilnya hampas cuai & khianat, adakah begitu kehendak Islam?” soal warganet.

Persoalannya, siapa suruh letak 100 peratus Muslim? Kita hanya mempersoalkan apakah kita sudah tandus pakar dalam kalangan orang Melayu selaku majoriti. Lantiklah dalam kalangan Cina dan India, tetapi kena ada formula. Di manakah kedudukan Melayu dan Bumiputera selaku majoriti?

Kita bukan memainkan sentimen perkauman, tetapi soal logik dan rasional di sebalik perlantikan ini.

Negara kita ada banyak dasar, misalnya Dasar Ekonomi Baharu, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan banyak lagi. Cuba kaji semua dasar ini, kenapa sedemikian sifatnya.

Kita ada lebih 20 Universiti Awam, buat kajian berapa ramai pakar dalam bidang perumahan dalam pelbagai aspek, bukan semata-mata pemaju bermatlamat menjana keuntungan.

Kita bercakap soal pakar perumahan, bukan pakar bina atau buat rumah, dengan menjana keuntungan jutaan dan billion ringgit, tetapi aspek keselesaan, identiti dan manusiawi diabaikan?

Bukan kita menafikan perlantikan kaum lain, tetapi perlu ada formula dalam perlantikan ini iaitu mencerminkan reprisentasi penduduk.

Inilah akibatnya apabila ultra kiasu mendapat kuasa. Mereka tidak mempercayai orang Melayu.

Benar, kita tidak nafikan kritikan warganet iaitu paling penting boleh buat kerja. Apakah dengan melantik lebih sedikit orang Melayu bermakna mereka tidak boleh buat kerja?

Pernahkah orang Melayu mempertikaikan lambakan rumah ibadat didirikan secara haram di tanah kerajaan sehingga bilangannya menenggelam bilangan masjid dan surau, yang menjadi penganut majoriti.

Bukan Islam di negara ini tidak sampai sampai separuh tetapi bilangan ibadat mereka sehingga mencecah 500 ribu berbanding dengan surau masjid sekitar 50 ribu.

Melayu (Islam) hari ini sudah menjadi minoriti dalam majoriti. Meskipun Melayu (Islam) bilangannya lebih ramai (majoriti), tetapi sudah kelihatan sedikit (minoriti).

Sejak dahulu lagi, apabila ultra kiasu memerintah, orang Melayu (Islam) mula diketepikan, dimasukkan orang-orang mereka dalam bilangan yang begitu ramai. Akhirnya, mereka mula menguasai.

Bila mereka menguasai, maka peruntukan-peruntukan mula disalurkan kepada mereka yang tidak sepatutnya menerima. Inilah yang berlaku kepada bantuan yang diberikan kepada satu NGO dalam program Jom ziarah gereja.

Saya tidak nafikan, ada dalam kalangan orang Melayu (Islam) yang diberikan amanah tetapi khianat. Orang sebegini, tidak perlu dilantik atau diberikan kepercayaan.

Cuma jangan kita membuat generalisasi, semua orang Melayu (Islam) sedemikian rupa. Dalam ramai-ramai Melayu, memang ada yang khianat, tetapi ramai lagi pakar, yang tidak khianat, yang sifatnya takut kepada Allah. Mereka yang pakar, takut kepada Allah, perlu dilantik, bukan dengan memperbanyakkan ultra kiasu, disebabkan ultra kiasu memerintah?

Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button