Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita UtamaDunia

Briged al-Qassam sedia ulangi ‘Pedang al-Quds’ jika perlu

Hamas mampu halang pencerobohan berterusan rejim Israel

QATAR, 6 Ramadan 1444H, Selasa – Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) yakin mampu menghalang sebarang tindakan pencerobohan terus-menerus rejim Zionis Israel.

Bercakap dalam temu bual dengan penyiar Al-Jazeera yang berpangkalan di Qatar, wakil biro politik gerakan itu, Khalil al-Hayya berkata, Briged al-Qassam – sayap tentera Hamas – bersedia mengulangi ‘Pedang al-Quds’ 2021 jika perlu.

Khalil berkata, pertempuran itu ‘mewujudkan persamaan politik dan medan yang hebat’ dan penentangan di Semenanjung Gaza yang dikepung menjadi perisai bagi tanah Palestin.

Pegawai Hamas itu berkata, setiap pertempuran yang dilakukan oleh pejuang Palestin terhadap Israel mempunyai situasi tersendiri, tetapi Pedang al-Quds adalah yang paling sengit.  

“Kami hampir menyelesaikan konflik dengan pendudukan Israel, tanda-tanda kelemahan mereka muncul hari demi hari,” katanya.

Operasi itu dilancarkan pada Mei 2021 dalam mempertahankan rakyat Palestin di Baitulmaqdis yang diduduki.

Ia membuka lembaran baharu dalam perjuangan menentang rejim haram Israel.

Tahun lepas, Ketua Biro Politik, Ismail Haniyeh dalam majlis memperingati ulang tahun pertama operasi itu berkata, inisiatif yang dilakukan kumpulan pejuang dengan melancarkan operasi itu ‘menghancurkan teori keselamatan Zionis.’

Kumpulan pejuang membawa perang ke negara haram Israel dan menyasarkan setiap inci tanah yang diduduki termasuk operasi perisikan mereka serta peluru berpandu dan dron.

Sejak awal Ramadan, jemaah Islam telah dipaksa keluar dari Masjid al-Aqsa kerana tentera dan peneroka Israel terus menyerbu sekitar perkarangan itu.  

Menteri sayap kanan Israel, Itamar Ben-Gvir telah menggalakkan tindakan keganasan di al-Aqsa. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button