Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Masjid Nabawi disterilisasi 5 kali sehari bulan Ramadan

Sebagai pencegahan sejak wabak COVID-19 melanda dunia

MADINAH, 6 Ramadan 1444H, Selasa –  Bagi menjaga kebersihan dan keselamatan jemaah, petugas Masjid Nabawi di Madinah melakukan sterilisasi di setiap kawasan lima kali sehari pada bulan Ramadan.

Langkah itu adalah sebahagian dari inisiatif pemerintah yang telah mengambil langkah pencegahan sejak wabak COVID-19 melanda dunia.

Presidensi Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci berkata, langkah mensterilkan masjid dan kemudahannya adalah usaha menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pengunjung sekaligus meningkatkan kecekapan dan kualiti Masjid Nabawi.

Selain pensterilan lima kali sehari di Masjid Nabawi, tandas juga dibersihkan kira-kira 10 kali sehari sebagai salah satu usaha meningkatkan kualiti persekitaran.

Sebanyak 300 mesin sapu karpet diguna untuk membersihkan karpet Masjid Nabawi dan 92 mesin pencuci lantai yang membawa 18,000 liter pensteril serta 1,500 liter penyegar bagi mencuci lantai Masjid Nabawi.

Pengurusan masjid telah menyediakan 10,000 kerusi untuk warga emas dan pelbagai bantuan lain sekali gus membolehkan pengunjung serta jemaah di Masjid Nabawi melaksanakan ibadah mereka dengan tenang. – Agensi

 

 

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button