Berita Utama

1,551 kemalangan direkodkan semalam

Pengguna dinasihat peka memandu elak risiko kemalangan: JSPT

BANGI, 4 Syawal 1444H, Selasa – Sebanyak 1,551 kemalangan direkodkan pada hari kelima Ops Selamat 20 di seluruh negara, semalam.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan, jumlah itu membabitkan 2,327 kenderaan pelbagai jenis.

Berdasarkan statistik jumlah mengikut kenderaan, kereta merekodkan angka tertinggi terlibat kemalangan dengan 1,790 atau 76.9 peratus.

Jumlah itu diikuti motorsikal (315), kenderaan pacuan empat roda (103) dan kenderaan pelbagai guna (MPV) dengan 63 kes.

Turut direkodkan sebanyak 43 kemalangan membabitkan van, lapan lori, tiga bas dan dua lagi adalah teksi, menurut JSPT menerusi hantaran di Facebook.

Sehubungan itu, JSPT menasihatkan pengguna jalan raya supaya sentiasa peka ketika pemanduan bagi mengelak risiko terbabit dalam kemalangan.

Op Selamat 20 dilaksanakan selama tujuh hari bermula 20 April lalu, yang bertemakan ‘Rumah Selamat, Selamat Sampai ke Destinasi’.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button