Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Lambakan kilang haram punca peningkatan kesesakan jalan

Kerajaan digesa pandang serius isu elak kemalangan maut berulang

BANGI, 7 Ramadan 1444H, Rabu – BERJASA tidak menolak kemungkinan lambakan lori bermuatan berat di jalan raya kebelakangan ini, berpunca daripada wujudnya banyak kilang haram yang dibina tanpa pengawasan pihak berkuasa.

Ketua Pemuda BERJASA, Fahmi Bazlan percaya, kilang-kilang haram itu dibina di kawasan terpencil yang mempunyai akses jalan begitu sempit sebagai laluan pengangkutan.

Beliau berkata, situasi itu menyebabkan berlaku peningkatan kesesakan jalan raya, termasuk mengakibatkan kejadian kemalangan maut di Klang, Selangor.

“Agak berbahaya apbila jalan yang sempit itu juga dilalui oleh lori-lori yang besar saiznya dengan tujuan untuk mengambil barangan daripada kilang.

“Kita boleh mengambil iktibar daripada kes kejadian kemalangan yang tragik di Telok Gong baru-baru ini,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas insiden kemalangan maut di Telok Gong sehingga mengakibatkan kanak-kanak berusia 9 tahun maut digilis lori bermuatan berat.

“Kemalangan yang melibatkan kanak-kanak berumur 9 tahun setelah digilis oleh lori amat menyayat hati masyarakat Malaysia yang melihatnya.

“Apabila saya melihat video tersebut, kelihatan keadaan jalan tersebut yang agak sempit untuk dilalui oleh sebuah lori yang besar,” kata Fahmi.

Atas sebab itu, beliau tidak menolak kemungkinan ia berpunca daripada wujudnya kilang-kilang haram di sekitar kawasan, sehingga memaksa lori bermuatan berat melalui jalan berkenaan.

“Situasi yang berlaku bukan sekadar di Telok Gong, bahkan turut berlaku di kawasan lain, di mana kilang-kilang haram dibangunkan di kawasan tanah kerajaan yang terbiar.

“Melihat kepada pengalaman lepas, tinjauan yang saya sendiri lakukan di Kampung Johan Setia dalam Parlimen Kota Raja, memang ada campur tangan pemimpin tempatan yang menjadi kambing hitam bagi memberi ruang untuk kilang-kilang haram ini beroperasi,” katanya.

Fahmi berkata, kilang haram terbabit bukan hanya mendatangkan pencemaran udara dan bau di kawasan sekitar, bahkan kewujudan lori bermuatan berat turut mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya.

Justeru, beliau berkata, kerajaan tidak wajar memandang sepi isu ini dan menggesa melihat perkara berkenaan secara serius supaya tiada lagi kes kemalangan membabitkan kematian berlaku.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button