Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Dunia

WHO atur semula cadangan pemberian vaksinasi COVID-19

Syor dos penggalak berkala untuk warga emas, individu berisiko

NEW YORK, 7 Ramadan 1444H, Rabu – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengatur semula cadangan pemberian vaksinasi COVID-19 untuk fasa baharu wabak itu.

Menerusi ketetapan baharu, keperluan pemberian dos penggalak hanya dikhususkan kepada warga emas dan golongan yang berisiko tinggi, iaitu untuk tempoh antara enam hingga 12 bulan selepas vaksin terakhir.

WHO berkata, kanak-kanak dan remaja yang sihat mungkin tiada keperluan untuk mendapatkan suntikan vaksinasi.

Agensi Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu berkata, langkah terbabit bertujuan untuk menumpukan usaha untuk memvaksinasi mereka yang berisiko mengalami gejala teruk atau kematian akibat COVID-19, memandangkan imuniti penduduk sudah hampir dicapai hasil daripada proses vaksinasi secara meluas di seluruh dunia.

WHO mendefinisikan golongan berisiko sebagai warga emas dan individu muda mempunyai faktor risiko lain yang membimbangkan.

Bagi kumpulan ini, agensi itu mencadangkan suntikan tambahan vaksin, sama ada enam atau 12 bulan selepas dos terkini – berdasarkan faktor seperti umur serta keadaan yang menjejaskan imun.

Manakala, kanak-kanak dan remaja yang sihat tidak diberikan keutamaan untuk mendapatkan vaksinasi COVID-19, selain menggesa negara untuk mempertimbangkan faktor seperti beban penyakit sebelum mengesyorkan vaksinasi kepada kumpulan terbabit.

Katanya, vaksin dan dos penggalak COVID-19 adalah selamat untuk semua peringkat umur, namun cadangan itu mengambil kira faktor lain seperti keberkesanan kos.

Menerusi taklimat WHO pada 28 Mac yang lalu, cadangan terbaharu itu mencerminkan keadaan wabak COVID-19 dan tahap imuniti global, meskipun nasihat ini tidak boleh dijadikan panduan jangka panjang dalam melihat kepentingan pemberian dos penggalak secara tahunan.- Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button