Dunia

Israel terus sekat rakyat Palestin masuk ke al-Aqsa

Peneroka haram dibenarkan ceroboh tapak suci selama 30 minit

BAITULMAQDIS, 8 Ramadan 1444H, Khamis – Pihak berkuasa pendudukan Israel terus menyekat akses rakyat Palestin ke Masjid al-Aqsa pada bulan Ramadan, sebagaimana ‘amalan’ biasa rejim seperti tahun-tahun sebelumnya.

Bukan hanya menghalang kemasukan Palestin, bahkan pencerobohan peneroka haram juga terus berlaku apabila tempoh akses mereka meningkat kepada 30 minit.

Terdahulu, beberapa rakyat Palestin menjadi antara individu yang ditangkap dan disekat daripada memasuki Masjid Al-Aqsa, setakat minggu ini.

Nizam Abu Rumouz ditangkap di Masjid Al-Aqsa ketika warga Israel menyerbu tapak suci umat Islam itu.

Dia disoal siasat dan dibebaskan kemudiannya, namun Israel menyekat Nizam untuk masuk ke Masjid al-Aqsa selama enam bulan.

Nizam berkata, larangan ke masjid sebelum ini telah tamat pada hari penahanannya.

Dia telah diharamkan ke tapak suci itu sebanyak 16 kali, dan setiap kali larangan menetapkan tempoh antara satu hingga enam bulan.

Katanya, setiap perintah larangan dilaksanakan sama ada sehari sebelum tamat tempoh pertama atau pada hari ia akan tamat.

Sementara itu, Raeda Saida juga antara yang turut ditahan pada Selasa dan dijangka dibebaskan hari ini.

Pihak berkuasa pendudukan Israel sudah berulang kali melarangnya daripada memasuki masjid.

Abdullah Daana, Salih Fakhouri dan Mohammed Abu Farha juga dilarang memasuki Al-Aqsa untuk tempoh seminggu.

Difahamkan, larangan itu boleh dilanjutkan atau diperbaharui.

Terdapat gesaan lebih besar terhadap pencerobohan ke dalam al-Aqsa oleh kumpulan sayap kanan Israel menjelang perayaan Paskah Yahudi pada akhir April ini.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button