Berita Utama

Pakej jalur lebar harga RM69 sebulan bantu B40, OKU

22 peratus lebih rendah daripada pakej di pasaran

BANGI, 8 Ramadan 1444H, Khamis – Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap dengan harga RM69 sebulan antara inisiatif terbaru untuk mengurangkan kos hidup golongan B40, OKU, dan warga emas.

Kementerian Komunikasi dan Digital dalam satu kenyataan berkata, harga pakej yang ditawarkan ialah 22 peratus lebih rendah daripada pakej yang terdapat di pasaran.

“Pengenalan pakej tersebut selaras dengan komitmen kerajaan untuk menurunkan kos sara hidup yang menyasarkan golongan B40, Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Pesara Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pesara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Orang Kurang Upaya (OKU) serta warga emas.

“Inisiatif ini turut membuktikan keprihatinan kerajaan bersama-sama penyedia perkhidmatan terhadap keperluan.

“Ini bagi memastikan kesalinghubungan digital yang lebih menyeluruh dengan harga yang lebih rendah seiring dengan konsep Malaysia MADANI,” katanya.

Inisiatif ini dijalankan dengan kerjasama syarikat-syarikat yang menyediakan perkhidmatan jalur lebar tetap seperti Telekom Malaysia (TM), CelcomDigi, Maxis, serta YTL.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button