Berita Utama

Zahid sahkan hantar nama Rauf sebagai KM Melaka baharu

UMNO lantik Rauf kerana Sulaiman ada masalah kesihatan

KUALA LUMPUR, 8 Ramadan 1444H, Khamis – UMNO sudah menghantar nama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, sebagai Ketua Menteri Melaka yang baharu.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan perkara itu, hari ini.

Katanya, UMNO juga sudah mengutuskan warkah kepada Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam, untuk menerima peletakan jawatan Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri.

“Saya sudah mengutuskan warkah kepada TYT Melaka untuk menerima peletakan jawatan Ketua Menteri (Sulaiman) dan dengan ini parti mencadangkan melalui warkah itu Datuk Seri Rauf sebagai Ketua Menteri yang baharu,” katanya seperti dilapor media tempatan.

Ketika ditanya sama ada Sulaiman ada memaklumkan sebab peletakan jawatan, Ahmad Zahid berkata, ia disebabkan masalah kesihatan.

Terdahulu, Sulaiman dilaporkan masih enggan membuka mulut berhubung peletakan jawatan beliau sebagai Ketua Menteri.

Difahamkan, ketika beliau meninggalkan Kompleks Seri Negeri Ayer Keroh pada jam 11 pagi tadi, beliau hanya tersenyum dan menunjukkan isyarat memohon maaf kepada pengamal media yang menunggu beliau seawal jam 8 pagi.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button