Berita UtamaDunia

Arab Saudi henti sementara import udang dari India

Kesan virus bintik putih dalam udang sejuk beku

RIYADH, 9 Ramadan 1444H, Jumaat – Pihak Berkuasa Makanan dan Dadah Saudi (SFDA) mengenakan larangan sementara terhadap import udang dari India.

Penggantungan berkenaan dibuat selepas pihak berkuasa mengesan kewujudan virus bintik putih (WSSV) dalam udang sejuk beku yang diimport dari India.

Menurut kenyataan, Kementerian Persekitaran, Air dan Pertanian mengarahkan supaya hasil laut termasuk udang sejuk beku dari India yang diimport melalui sempadan dikumpul untuk menjalani pemeriksaan teliti.

Semasa ujian sampel dilakukan ke atas hasil laut, udang tersebut didapati mengandungi WSSV sekali gus menyebabkan pihak berkuasa membuat keputusan untuk menangguhkan import hidangan berkenaan.

SFDA memaklumkan larangan tersebut akan diteruskan sehingga pihak India memberikan jaminan, selain memastikan keselamatan produk yang dieksport ke luar supaya virus berkenaan tidak dihantar bersama ke perikanan Arab Saudi.

Sindrom bintik putih adalah jangkitan virus udang penaeid dan penyakit yang dibawa berkenaan mudah berjangkit dan menyebabkan udang cepat mati, walaupun tidak menimbulkan ancaman kepada kesihatan manusia atau keselamatan makanan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button